USTAZ EBIT LEW HADIAHKAN MYVI, TAB KEPADA IBU TUNGGAL

Keprihatinan pendakwah terkenal, Ebit Lew terus mendapat perhatian ramai apabila menghadiahkan kereta Myvi, tablet dan duit belanja kepada ibu tunggal, Koh Kim Keok di Kota Bharu, Kelantan sempena Tahun Baru Cina.

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Ebit berkata dia juga akan membayar rumah sewa setiap bulan. Katanya, dia menghadiahkan kenderaan itu selepas wanita itu mengadu tidak mempunyai kenderaan untuk hantar anak ke sekolah.

“Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.



“Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina.

Klik untuk gambar besar

UEL%2B2.jpg

“Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata. Selepas kematian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese.



“Masa pkp gaji sehari Rm20. Dulu Rm30. Sebulan dapat Rm600. Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang.

“Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran Rm800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.

UEL%2B3.jpg

“Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat.



“Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.

“Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua.” – Ebit Lew

UEL%2B4.jpg

UEL%2B5.jpg



UEL%2B6.jpg

Ebit Lew Guna Kurniaan TMJ Beli Tab



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button