SugarBook Undang Keruntuhan Moral Anak Muda

SugarBook Jadi Platform Cari ‘Duit Tepi’

Menggemparkan apabila aplikasi SugarBook memaparkan statistik pelajar 10 pusat pengajian tinggi yang boleh dilanggan menerusi aplikasi tersebut.

Pendapatan lumayan yang mampu diperolehi menggamit mereka yang mencari ‘Duit Tepi’ bagi menampung kos hidup sebagai pelajar. Kehidupan serba mewah juga antara tarikan yang mengaburkan mata pelajar yang terdiri daripada anak muda.

Keruntuhan moral pelajar antara perkara yang menggusarkan ramai pihak. Dalam tempoh pandemik covid19, sudah pastinya kewangan agak terhad namun begitu lain pula mereka yang telah mendaftar sebagai ‘SugarBaby’ di SugarBook.

Banyak desakan telah dibuat agar kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengharamkan aplikasi SugarBook di Malaysia. Statistik yang dikeluarkan SugarBook bukanlah perkara yang boleh dibanggakan sama sekali malah ia memalukan negara.

Perlukan kerajaan membiarkan sahaja SugarBook terus menjadi platform kepada lelaki gersang mencari ‘anak ikan’ bagi melempiaskan nafsu mereka? Gejala seperti ini hanya mengundang keruntuhan keluarga, hubungan dan impak yang tidak baik di mata masyarakat.

Adalah lebih bijak untuk kerajaan membendung gejala negatif seperti SugarBook demi masa depan anak muda. Apa akan jadi sekiranya seawal usia muda sudah terjebak dengan kehidupan sosial melampau?

Lihat sahaja promosi SugarBook di media sosial dengan aksi mengghairahkan bagi menarik minat anak muda. Kehidupan bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu risau tindakan undang undang menggunakan Hak Kebebasan Diri? Inikah wajah Malaysia di masa hadapan?

Perlu diingatkan Rakyat Malaysia berpegang kepada 5 prinsip Rukun Negara.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Jelas sekali SugarBook menyediakan pelantar bagi anak muda melanggar prinsip yang diterapkan seawal usia 6 tahun. Sampai bila kerajaan mahu berdiam diri?

Adakah mahu sehingga nama Malaysia disenaraikan dalam majalah ‘Playboy’ bagi pencarian model lucah dan senang di bawa ke kamar tidur? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *