ALICIA AMIN KINI BERGELAR ISTERI

Tiada angin tiada ribut…. tup tup model dan pelakon Alicia Amin, 26, telah pun selamat bergelar isteri. Difahamkan, Alicia diijakabulkan bersama lelaki pilihannya, dikenali sebagai Farzan yang merupakan seorang doktor, hari ini di masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin dilihat mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Alia Bastamam.

“Raja Alicia Amin nikah, makeup #KHIRsbride using @lamer, outfit @aliabastamamkl, hijab @nazlivingastyle, photo @biboaswan,” tulis jurusolek terkenal, Khir Khalid yang memberikan kredit bersempena dengan hari bahagia Alicia.

Melihat pada perkongsian di Insta Story pula, ia turut memaparkn momen indah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu yang tampak ayu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

DATUK SERI VIDA BERSYUKUR DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK, TIADA NIAT PUTUSKAN HUBUNGAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker