Biden mahu Kongres buat “reformasi undang-undang senjata api”


Joe Biden

15/02/2021 11:40 AM

WASHINGTON, 15 Feb — Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meminta Kongres untuk melakukan “pembaharuan undang-undang senjata api” pada Ahad sempena ulang tahun ketiga kejadian tembakan di Sekolah Menengah Marjory Stoneman Douglas di Parkland, negeri tenggara AS, Florida.

“Hari ini, saya mahu Kongres untuk melakukan reformasi undang-undang senjata api, termasuk mewajibkan pemeriksaan latar belakang pada semua penjualan senjata, melarang senjata penyerang dan berkapasiti tinggi, dan menghapuskan kekebalan kepada pengeluar senjata yang dengan sengaja membawanya kepada kita.



“Pentadbiran ini tidak akan menunggu kejadian sama berulang untuk bertindak.

“Kami akan mengambil tindakan untuk menamatkan keganasan senjata api dan menjadikan sekolah dan komuniti kita lebih selamat,” kata Biden dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kejadian tembakan di sekolah Parkland meragut 17 nyawa pada 14 Februari 2018, mencetuskan banyak desakan supaya dilaksanakan reformasi keselamatan senjata.

Setahun pemerintahan Tokayev, Kazakhstan alami reformasi politik, ekonomi, sosial

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker