BILA TOMOK MENGAJI DENGAN ISTERI TERIMA PUJIAN

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, penyanyi Tomok telah berkongsi beberapa gambar isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji termasuk dirinya juga yang turut sama belajar.

Menerusi perkongsian itu, Tomok meluahkan rasa lega kerana hari tersebut isterinya tidak memegang rotan. Sebelum ini, Tomok ada memuat naik gambar isterinya mengajar mengaji sambil memegang rotan.

“Alhamdulillah hari ni takda rotan kat sebelah,” tulis penyanyi berusia 36 tahun itu diruangan kapsyen gambar terbabit.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkongsian Tomok menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu yang bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan Al-Quran.

Malah, diruangan komen rata-rata rakan artis dan pengikut turut terhibur serta memberikan reaksi positif terhadap perkongsian tersebut.

Untuk makluman, Tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian dan Andra, serta cahaya mata perempuan, Siti Khadijah.

Image_3.jpg

“NAK RECALL BALIK…” – NADIA BRIAN BELAJAR SEMULA MENGAJI MUQADDAM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker