Pemuda Arau Bidas Kenyataan Shahidan

Pemuda Arau Bidas Shahidan Kassim Secara Terbuka

Ketua Pemuda Arau, Syed Atief membidas Ahli Parlimen Arau Dato Seri Shahidan Kassim.

Ini berikutan kenyataannya dalam satu temubual bersama MalaysiaNow.



Meneliti garismasa facebook tulisan Ketua Pemuda Arau pula memberi bayangan wujud krisis dalaman antara Pemuda dengan Ketua Bahagian Umno Arau sejak sekian lama.

Dato Seri Shahidan Kassim

Dalam kenyataan terbaru, Syed menyenaraikan 5 perkara bagi membalas kenyataan Shahidan yang kelihatan terperangkap dengan soalan penemubual.

Petikan Tulisan Syed Atief

Dalam temubual tersebut, Shahidan menghormati keputusan MKT Umno namun beliau turut menyeru agar perundingan dapat dilakukan antara BN dan PN agar tiada pertindihan pembahagian kerusi dalam PRU15.

Shahidan turut mengulas mengenai kerjasama Umno dan Pas di Perlis.



Beliau mengingatkan bahawa Pas telah menyertai Perikatan Nasional bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagaimanapun Syed Atief turut menyentuh mengenai cubaan Shahidan yang dikatakan ‘memujuk’ Presiden Umno agar menimbang semula keputusan MKT yang enggan bersama PPBM dalam PRU15.

Petikan Tulisan Syed Atief

Kontroversi yang hangat ini tentunya akan membuka ruang persoalan mengenai kesetiaan Shahidan kepada Umno menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) yang dijangka berlangsung hujung bulan ini.

Pelbagai reaksi ahli Umno boleh dibaca di laman media sosial yang kebanyakannya mengkritik kenyataan Shahidan itu.



Malah ada gesaan agar Presiden dan MKT Umno mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Arau termasuk menggugurkan jawatan selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Perlis.

Petikan Tulisan Syed Atief

Sehingga hari ini, Shahidan masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan berkaitan kontroversi yang melanda.

Bagi Shahidan pula mungkin ada penjelasan yang akan beliau terangkan berkenaan kenyataan itu.

Namun segalanya terpulang pada beliau samada mahu menamatkan kontroversi atau menjelaskan maksud sebenar kepada Presiden.



Adik Shahidan Kassim kembali kepada UMNO

Related Articles

One Comment

  1. Rakyat perlis perlu buang saka2 tua berpuloh tawon lam umno ni,mereka ni tak relevan lagi,hanya kumpul harta nak kaya saja,cukup sudah saka2 tua macam ni kaya raya…mereka tiada matlamat pon untuk rakyat,hanya tumpang nama parti saja n perkudakan rakyat.

Leave a Reply

Back to top button