Pedofil Thailand ditangkap bersama lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak

12/02/2021 07:27 PM

BANGKOK, 12 Feb — Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam peranti di wilayah tengah Pathum Thani.

Menurut akhbar Bangkok Post, suspek, yang juga pemilik agensi peragaan kanak-kanak, ditangkap dan didakwa semalam kerana memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Khas (DSI) Korawat Panprapakorn berkata pihak berkuasa memulakan siasatan selepas Polis Persekutuan Australia memaklum dan memberikan satu imej pornografi kanak-kanak.



Menurutnya hasil sokongan teknikal daripada ‘Operation Underground Railroad (OUR)’, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di California, Amerika Syarikat, membantu pihaknya mengesan dan menangkap suspek di pejabat agensi peragaannya.

“Kami menemukan kamera, sebuah studio dan lebih 500,000 video dan imej pornografi kanak-kanak di premis berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Korawat menasihatkan ibu bapa yang tidak dapat hadir pada sesi fotografi anak-anak mereka supaya selidik dan mengesahkan latar belakang agensi peragaan.

Beliau berkata DSI akan bekerjasama dengan NGO untuk memberi sesi kauseling kepada kanak-kanak yanga menjadi mangsa serangan seksual tersebut.



Dah pernah ditangkap, didenda tapi tetap ingkar PKP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker