Peniaga jam tangan dakwa 30 utas G-Shock dilarikan pencuri

14/02/2021 07:07 PM

KUANTAN, 14 Feb — Seorang peniaga di Taman Mentiga Jaya, Pekan kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa kerugian RM13,000 selepas 60 utas jam tangan termasuk jenama G-Shock dilarikan pencuri.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa, menyedari kedainya dipecah masuk semasa tiba untuk memulakan perniagaan sekitar 8 pagi tadi.

“Mangsa mendakwa melihat pintu jeriji kedai dalam keadaan terbuka dan pintu kaca hadapan telah dipecahkan, sebelum mendapati 60 jam tangan termasuk 30 utas jenama G-Shock tiada diraknya.

“Siasatan awal menemukan kesan potong pada mangga besi yang dipasang pada pintu jeriji itu yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Razli berkata siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran.

Pencuri Tinggal Beg Berisi Maklumat Diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker