Polis akan ambil keterangan Annuar Musa berhubung dakwaan langgar SOP


Tan Sri Annuar Musa

14/02/2021 10:39 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Polis akan mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya akan meminta Annuar hadir untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya juga membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Keterangan beliau (Annuar Musa) akan diambil susulan satu laporan polis yang dibuat di Cheras hari ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Leave a Reply