TATU PALSU PUTERI AISHAH TERIMA PELBAGAI REAKSI

Pelakon Puteri Aishah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video ‘boomerang’ yang memperlihatkan dirinya lengkap mengenakan Cheongsam rona putih gading. Selain itu, Aishah turut menitipkan ucapan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, posting yang dikongsikan Aishah, 27, telah mendapat reaksi pelbagai pengguna Instagram gara-gara tulisan tatu yang kelihatan pada tangan kanannya.

Meskipun pada ruangan kapsyen, bintang filem ‘Pulang’ itu ada meletakkan hashtag #temporarytahoo, ada juga yang bertanya mengenai hal sama di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dia yang baru sahaja muncul menerusi drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ ini sekali lagi memberikan penjelasan: “Tulisan je. Tulis pakai pen,” tulis Puteri ringkas.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 160,000 tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply