Terbuka Arctic: Smash kencang bantu Zii Jia raih gelaran

Terbuka Arctic: Smash kencang bantu Zii Jia raih gelaran

Terbuka Arctic: Smash kencang bantu Zii Jia raih gelaran
Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memastikan gelaran menjadi miliknya selepas menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong pada perlawanan akhir Terbuka Arctic di Vantaa, Finland sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih kejuaraan sulung pada saingan musim ini selepas memenangi kejohanan badminton Terbuka Arctic yang berlangsung di Vantaa, Finland.

Pada perlawanan akhir di Vantaa Energia Arena sebentar tadi, Zii Jia memastikan kejuaraan menjadi miliknya selepas menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong menerusi aksi straight set 21-14, 21-15 dalam tempoh 39 minit.

Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, bekas juara Seluruh England (All England) itu langsung tidak menunjukkan belas kasihan apabila melakukan serangan bertubi-tubi ke arah Tze Yong menerusi pukulan smash kencang.

Menang set pertama, Zii Jia langsung tidak mengendurkan asakan ke arah Tze Yong, sebaliknya terus menekan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dengan aksi cukup agresif.

Menerusi keputusan itu, Zii Jia kini merekodkan dua kemenangan ke atas Tze Yong dalam dua perlawanan selepas pertemuan terakhir pada Terbuka Australia Ogos lalu turut memihak kepadanya.

Hasil kemenangan tersebut, anak buah Wong Tat Meng itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 (RM148,947) berserta pingat manakala Tze Yong berpuas hati dengan AS$15,960 (RM75,466) dan juga pingat. – KOSMO! ONLINE

Terbuka Arctic: Smash kencang bantu Zii Jia raih gelaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker