Akses internet pulih di Myanmar

15/02/2021 03:08 PM

MOSCOW, 15 Feb — Sambungan internet di Myanmar kembali pulih selepas disekat sepenuhnya ketika tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera masih berterusan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik NetBlocks pada Isnin.

Pada Ahad, badan pengawasan mengesahkan “hampir keseluruhan internet ditutup sepenuhnya” mulai 1 pagi waktu tempatan (18:30 GMT pada Sabtu) berikutan “arahan sekatan komunikasi” dengan akses di seluruh negara hanya 14 peratus berbanding tahap biasa.

“Akses internet dipulihkan di #Myanmar dari 9 pagi waktu tempatan; data rangkaian menunjukkan penyambungan akses meningkat ke tahap biasa setelah sekatan maklumat; media sosial masih terhad untuk kebanyakan pengguna; tempoh kejadian – 8 jam,” kata badan pengawasan itu dalam satu kemas kini.

Pada 1 Februari, tentera Myanmar merampas kuasa beberapa jam sebelum parlimen baharu bersidang dan beberapa pemimpin kanan negara ditahan termasuk Aung San Suu Kyi dengan tuduhan penipuan pilihan raya November.

Sejak itu, tunjuk perasaan tercetus di seluruh negara menuntut tentera mengembalikan pemerintahan awam.

Akses Facebook di Myanmar terjejas selepas rampasan kuasa tentera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker