Dadah lebih 24 kg ditemukan di Hutan Simpan Sungai Badak


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim (tengah) menunjukkan ketulan ganja berkenaan pada pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

15/02/2021 08:02 PM

JITRA, 15 Feb — Polis menemukan lebih 24 kilogram ganja dianggarkan bernilai RM60,000 yang disembunyikan di satu kawasan di Hutan Simpan Sungai Badak, Bukit Kayu Hitam dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata susulan maklumat awam, sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam menyerbu satu lokasi di kawasan cerun bukit di hutan berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari sempadan negara, pada kira-kira pukul 7.00 malam.



Beliau berkata hasil serbuan polis menemukan satu guni berisi 24 ketulan dadah jenis ganja, namun tiada individu ditemui di lokasi berkenaan, yang dipercayai menjadi tempat transit penyeludupan dadah dari negara jiran untuk dibawa masuk ke dalam negara.

“Siasatan masih dijalankan dan kita percaya kegiatan ini turut melibatkan rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki ceroboh hutan untuk tanam durian ditahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button