Hukuman mati buat wanita Saudi kerana bunuh pembantu rumah Bangladesh


Β© Provided by Free Malaysia Today Arab Saudi adalah destinasi yang paling diminati oleh warga Bangladesh yang mencari kerja di luar negara. (Gambar AFP)

DHAKA: Seorang wanita Arab Saudi disabitkan kesalahan membunuh pembantu rumahnya dari Bangladesh oleh mahkamah jenayah, dalam keputusan disifatkan kumpulan hak asasi di negara Asia Selatan itu sebagai β€œcontoh yang jarang” untuk majikan didapati bersalah mendera pekerja asing.

Ayesha Al Jizani dijatuhkan hukuman mati pada Ahad oleh mahkamah di Arab Saudi kerana membunuh Abiron Begum pada Mac 2019, kira-kira dua tahun setelah Abiron pergi ke negara Teluk itu untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, kata seorang pegawai kerajaan Bangladesh

.



Saudara-maranya mendesak kerajaan Bangladesh untuk mengambil tindakan terhadap broker yang β€œmemperdaya” Abiron, 40, untuk bekerja di Arab Saudi empat tahun lalu.

β€œ(Dia) ingin pergi ke luar negara untuk mendapatkan lebih banyak wang supaya dia dapat membiayai ibu bapanya yang sudah tua,” kata Ayub Ali, kakak ipar Abiron, kepada Thomson Reuters Foundation.

β€œMereka mula menyeksanya dua minggu setelah dia pergi (ke sana). Dia akan menelefon kami dan menangis … kami merayu kepada broker di sini untuk membawanya pulang tetapi tidak ada yang mendengar (rayuan) kami,” kata Ayub.

Suami Ayesha dipenjara tiga tahun kerana gagal menolong Abiron mendapatkan rawatan perubatan dan menyuruhnya bekerja di luar rumah secara haram, menurut Ahmed Munirus Saleheen, seorang pegawai kanan di kementerian ekspatriat Bangladesh.



Anak lelaki Ayesha dihantar ke fasiliti juvenil selama tujuh bulan, tambah Ahmed Munirus.

Bangladesh adalah salah sebuah negara pengeksport buruh terkemuka di dunia dan sangat bergantung kepada wang yang dikirimkan oleh warganya yang bekerja di luar negara kepada saudara mara mereka.

Sebelum wabak Covid-19 tercetus, kira-kira 700,000 warga Bangladesh pergi ke luar negara untuk bekerja setiap tahun, dan Arab Saudi menjadi destinasi yang paling diminati walaupun negara tersebut mengenakan bayaran pengambilan pekerja tertinggi untuk pencari kerja migran dari negara Asia Selatan tersebut.

Aktivis hak buruh berkata, bayaran itu, yang sering dibayar melalui rangkaian broker tidak rasmi, membuka pintu kepada eksploitasi dan pemerdagangan manusia.

Penyokong kempen berkata keputusan mahkamah Arab Saudi terhadap majikan itu luar biasa.

β€œSaya telah bekerja dalam bidang migrasi selama beberapa tahun dan saya tidak pernah mendengar keputusan seperti itu,” kata Shakirul Islam, ketua Program Ovibashi Karmi Unnayan, yang mengendalikan hak-hak migran di Bangladesh.

18 lelaki termasuk dua warga Bangladesh didakwa ingkar PKPB

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker