Lelaki cium adik angkat, TMJ seru ibu bapa didik anak kesalahan cabul

KUALA LUMPUR, 16 Feb—Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur perbuatan seorang pemuda yang tular di media sosial kerana mencium bibir adik angkatnya.

Menegaskan perbuatan itu salah, Tunku Ismail menasihati ibu bapa agar mengajar anak-anak, terutamanya lelaki tentang kesalahan mencabul.

“Kepada setiap ibu bapa di luar sana, tolong ajar anak-anak anda tentang kesalahan cabul kanak-kanak.

“Ajar anak-anak perempuan anda, dan terutamanya anak-anak lelaki kerana mereka sering terlepas pandang dalam isu ini.

“Ajar mereka hal yang baik dan buruk. Jangan biarkan orang luar atau saudara mara ambil kesempatan terhadap mereka,” catatnya di ruangan Insta Story.

Baginda memuat naik paparan skrin laporan berita isu seorang lelaki, dikatakan seorang pengasas produk tenaga batin menayangkan aksi mencium bibir seorang remaja lelaki.

Lelaki berkenaan memuat naik beberapa video di TikTok dan mendakwa remaja itu anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.

Menganggap perbuatannya normal, perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga menyebabkan TikTok menyekat akaun @papa_idola_semalaya kerana melanggar garis panduan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker