Mark Adam janji beri yang terbaik buat pendengar Hot FM


© Provided by Free Malaysia Today Mark akui teruja untuk memulakan kariernya sebagai penyampai radio Hot FM. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Penyanyi, pelakon, komposer dan artis komedi, antara kerjaya seni Mark Adam, 42 dan kini dia meluaskan cabang seninya dengan menceburi satu lagi bidang kreatif iaitu sebagai penyampai radio.

Namun begitu, Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, mengakui gugup untuk pertama kali menjadi penyampai radio Hot FM memandangkan dia kurang fasih berbahasa Melayu.

“Memang teruja untuk ke udara tetapi tetap gugup kerana bukan mudah menghiburkan pendengar melalui radio,” ujarnya.

Mark Adam ditawarkan sebagai penyampai radio Hot FM bergandingan bersama Fizie selepas pengunduran pelawak, Shuib dari Hot FM pada Januari.

Bagi Mark, peluang keemasan ini diterima sebagai satu cabaran buat dirinya dalam memegang satu lagi tanggungjawab yang besar.

Walau sedar, kurang fasih berbahasa Melayu, artis versatil ini merasakan peluang tersebut adalah cara untuk dia memperbaiki bahasa pertuturannya.

Namun, Mark berjanji akan cuba memberikan yang terbaik buat pendengar.

“In Sha Allah, kami akan cuba menyajikan pengisian yang terbaik buat pendengar,” katanya.

Penyanyi “Marry Me” itu juga telah melalui sesi latihan bersama Fizie hampir sebulan sebagai persiapan sebelum ke udara sebagai penyampai radio.

Janji nak bayar malam ‘final’ – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker