BARU PULANG BERCUTI DI LANGKAWI – HERO REMAJA, HARRIS ANNUAR POSITIF COVID-19

Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar yang baru pulang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, kini disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam. Harris berkata, dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi.

“Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama. Pagi tadi saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang menanti keputusan.

“Buat masa sekarang, saya sedang menjalani kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya yang baru pulang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Menurut Harris yang merupakan bekas peserta Hero Remaja 2017/18, rakan baiknya bernama Tajuddin Bakar turut didapati positif Covid-19 menerusi ujian saringan pertama.

“Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.

“Kepada sesiapa yang ada kontak rapat dengan saya sejak dua minggu yang terakhir ini, diharapkan anda pergi melakukan ujian saringan. Setakat ini saya masih menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Saya mohon maaf atas segala kesulitan,” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker