Rusia sambung semula perkhidmatan penerbangan dengan Armenia, Azerbaijan

15/02/2021 06:17 PM

MOSCOW, 15 Feb — Rusia pada Isnin secara rasmi menyambung semula perkhidmatan udara dengan Armenia dan Azerbaijan, yang sebelum ini dihentikan berikutan pandemik COVID-19.

Keputusan itu diumumkan kerajaan Rusia pada 3 Februari, lapor TASS.

Syarikat penerbangan kedua-dua republik itu kini dapat melakukan dua penerbangan seminggu dari Moscow ke Baku dan empat kali seminggu dari Moscow ke Yerevan. Russia Aeroflot mengumumkan rancangannya untuk melakukan empat penerbangan seminggu ke Yerevan bermula 15 Februari, dan dua penerbangan seminggu ke Baku, mulai 17 Februari.

Buat masa ini, pelancong dibenarkan masuk ke Armenia, tetapi diminta menjalani ujian PCR tidak lebih dari 72 jam sebelum ketibaan.

Namun, Azerbaijan menutup kemasukan untuk pelancong. Hanya diplomat, warga asing yang mempunyai keluarga kerakyatan Azerbaijan, mempunyai visa bekerja atau menetap, dan pelajar, yang dibenarkan masuk – tetapi perlu menjalani ujian PCR tidak lebih 48 jam sebelum berlepas.

Pada Mac 2020, Rusia menangguhkan semua penerbangan penumpang komersial ke luar negara kerana pandemik COVID-19. Pada September, Rusia berhenti melakukan penerbangan pulang.

Pada masa ini, syarikat penerbangan dibenarkan melakukan penerbangan kargo dan penumpang; namun, peraturan masuk untuk penumpang berbeza mengikut negara.

Leave a Reply