Sweden usaha baiki hubungan dengan negara Islam

Sweden usaha baiki hubungan dengan negara Islam

Sweden usaha baiki hubungan dengan negara Islam
WANITA Iraq memegang al-Quran ketika menyertai bantahan terhadap protes yang membakar kitab suci itu di Sweden, baru-baru ini. FOTO AFP.

London: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap Al-Quran, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu negara Stockholm pada Jumaat.

“Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam,” kata Billstrom.



Beliau berkata kerajaannya “menolak sekeras-kerasnya” pembakaran salinan kitab suci, sambil menambah bahawa Kementerian Kehakiman telah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.

Awal minggu ini, Menteri Kehakiman Gunnar Strommer berkata bahawa satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama berulang lagi adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Jakob Forssmed, menteri hal ehwal sosial Sweden, juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di ibu negara Sweden pada Jumaat.

Sweden usaha baiki hubungan dengan negara Islam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading