Tuduh pemandu Grab curi air Starbucks, vlogger digantung kerja (VIDEO)


© Provided by Projek MM Seorang lelaki digantung kerja gara-gara menuduh pemandu Grab mencuri air minuman sehingga tular di media sosial. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Gara-gara menuduh penghantar Grab mencuri minuman yang dipesan sehingga tular di media sosial, seorang lelaki yang juga vlogger popular digantung kerja.

Syarikat bantuan dan waranti bateri kereta Bateriku.com dalam kenyataan berkata pihaknya tidak bertolak ansur dengan tindakan kakitangannya yang tidak sopan.

“Pihak Bateriku.com ingin memohon maaf di atas tingkah laku staf kontrak Bateriku.com, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan Grab driver di laman sosial tempoh hari,” kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Muhsin Sabri dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook dan Twitter semalam.

“Pihak Bateriku.com telah mengambil tindakan serta merta untuk menggantung kerja Ezrin Nazan sementara siasatan dilakukan.”

Ezrin kelmarin di Twitter memesan tiga minuman Starbucks melalui aplikasi Grab, namun mendapati hanya dua bungkus cawan sahaja yang sampai.

Pemuda itu mendakwa penghantar Grab mencuri salah satu minumannya dan membuat aduan kepada syarikat itu.

Namun Grab melalui respons di Twitter menjelaskan kemungkinan berlaku kesilapan melibatkan restoran terbabit, dan penghantar tidak berhak memeriksa makanan atau minuman yang telah dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.


© Provided by Projek MM Paparan skrin Twitter Grab Malaysia dalam respons terhadap dakwaan Ezrin. — Paparan Skrin Twitter

Warga maya kemudian menjadi berang dengan sikap pemuda itu yang membuat tuduhan melulu sehingga menjadi tular di media sosial.

Ezrin kemudian memuat naik video di YouTube semalam membuat permohonan maaf kepada Grab dan penghantarnya kerana menulis ciapan berbentuk provokasi.

“Saya mengaku salah kerana menciap dari akaun peribadi. Kesilapan saya adalah tuduh penghantar tapi penghantar tak curi pun air.

‘Penghantar Grab tidak bersalah,” katanya dalam video berdurasi 12 minit.

Semakan mendapati pemuda itu telah memadam akaun media sosialnya di Twitter dan Instagram selepas banyak menerima kecaman warga maya.

Grab lancar program tingkatkan akses, maklumat vaksin untuk pihak berkepentingan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker