Wanita Memang Handal Menjinakkan Jerung

Wanita Hebat Jinakkan Jerung Liar

Seringkali dalam filem jerung digambarkan sebagai haiwan ganas dan tidak boleh dijinakkan. Berlainan pula dengan seorang wanita bernama Cristina Zenato yang mampu menjinakkan jerung liar.



Dalam satu rencana video, Cristina menjelaskan bagaimana beliau mampu membuat jerung ‘lena’ diatas pehanya.

Nampak sahaja barisan gigi tajam jerung cukup membuat kita ngeri dan berfikir bagaimana jika tubuh dirobek dek jerung.

Cristina mula menjadi penjinak jerung ketika membantu seekor jerung yang kesakitan akibat tertusuk mata kail. Bermula dari situ beliau terus ‘jatuh cinta’ dengan jerung dan sudah hampir 300 ekor jerung dibantunya.



Boleh dikatakan jerung yang ditolong itu akan menjadi manja dengan Cristina apabila beliau menyelam di laut.

Saksikan video tersebut

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/20210215_4.mp4[/KGVID]

Bukan mudah untuk menjadi seperti Cristina yang berani berdepan risiko serangan jerung namun sifat kasih sayang melebihi segalanya.

Dua wanita warga asing edar dadah ditahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button