13 FEBRUARI 2021 – AISHAH AF7 SELAMAT BERNIKAH

“CERITA DIA~ Dari rambut pendek sampai panjang semula, dari pkp 1.0 sampai pkp 2.0 dari tahun 2020 sampai 2021 dan dari 1 kali ke 4 kali tukar baru sah segalanya. Terima kasih yang mendoakan kami,” kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Aishah Bujang apabila dia kini telah selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada lelaki pilihannya, Sabtu lalu (13 Februari 2021).

Aishah atau nama sebenarnya, Siti Aishah Bujang, 30, telah berkongsi beberapa keping foto pernikahan menerusi laman Instagram buat tatapan umum. Dalam foto tersebut, Aishah dilihat sedondon mengenakan persalinan rona kuning cair bersama suami.

“-13022021- MAKE UP BY: @halleynew. Thank you very much, I love it too much!!!! Ada 7 gambar ni tak tahu nak letak mana satu. Cendawan buh semua. Semua kita memang last minit punya persiapan, dah hari ketiga jadi isteri baru dapat nk update sikit-sikit. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!!!” tulis Aishah.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Aishah turut berkongsi foto bersama suami di pelaminan. Malah, Aishah turut memuat naik momen indah itu menerusi Insta Story: “… masih belum bisa saya kongsikan begitu banyak gambar yang ada… sabar yah,” tuturnya.

Perkongsian Aishah itu telah menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Warga emas menghitung hari untuk bertemu semula suami di Johor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker