CALON SUAMI – WANY HASRITA MAHU IKUT JEJAK MIRA FILZAH, DEDAH MASA NIKAH

Penyanyi Wany Hasrita tidak sesekali menutup pintu hati untuk menerima cinta dari insan bernama lelaki, meskipun pernah melalui pengalaman pahit perpisahan kedua ibu bapanya ketika berusia 12 tahun.

Image_1.jpg

Pengalaman lalu dan teman artis melalui kontroversi percintaan membuatkan Wany belajar dan menjadikan ia sebagai iktibar untuknya tidak terlalu terbuka berbicara soal hati. Malah, dia mahu mengikut jejak pelakon Mira Filzah diaman dia hanya mendedahkan bakal suami di majlis pernikahan.

“Biarlah ada tarikh dan segala-galanya sudah pasti, barulah saya buka mulut berkongsi. Saya tidak tahu apa akan terjadi sepanjang perhubungan ini.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Jadi, saya pilih untuk simpan dahulu rahsia hati. Bagi saya, tidak salah mengikut jejak langkah pelakon, Mira Filzah yang hanya mendedahkan calon suami pada majlis pernikahan,” katanya.

Wany yang bakal mencecah usia 29 tahun Disember depan itu berkata dia sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun ada cita-cita yang perlu dicapainya.



Image_3.jpg

“Jujurnya, perancangan mahu mendirikan rumah tangga sudah ada, tetapi saya mahu melunaskan impian yang belum tercapai sebelum berkahwin. Sebelum ini, saya bercita-cita mahu menghadiahkan ibu sebuah rumah.

“Alhamdulillah, impian ini sudah tertunai, tahun lalu. Kini, saya memiliki impian baharu iaitu membelikan sebuah rumah lagu untuk ayah pula,” tuturnya.

Ujarnya, meskipun sudah 17 tahun ibu bapanya berpisah namun hubungan dengan bapanya tidak pernah putus, malah lebih rapat serta dia tidak pernah menyimpan dendam.



Image_4.jpg

WANY HASRITA PAKAI GELANG ‘PINK’ – INI PERJELASAN PEMBANTU PERIBADI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button