DERITA BUAH PINGGANG – ROSE SHEROX BERSYUKUR MAMPU URUS DIRI LAGI
“Boleh dikatakan setiap tahun nanah akan tumbuh dalam buah pinggang kiri dan setiap kali itu juga buah pinggang saya akan ditebuk untuk keluarkan nanah. Sehingga kini, ia masih berulang sejak sebulan lalu dan kesannya kaki kiri susah bergerak akibat nanah yang semakin membesar.
“Kali ini saya lambat pergi hospital kerana takut dengan pandemik Covid-19, selain rasa serik nak tinggal di hospital. Kadangkala lebih sebulan untuk ditebuk keluarkan nanah ini lagi,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
“Saya bersyukur kerana dapat bantuan dari kelab Sekolah Menengah Majidi Baru dan rakan yang datang menziarah. Selepas tidak bersama kumpulan Sherox, saya sambung menyanyi di kelab dan bersara pada usia 44 tahun. Namun saya masih memenuhi undangan menyanyi sekiranya ada tawaran.
“Saya juga membuat urutan tradisonal dari rumah ke rumah pada mereka yang memerlukan,” demikian tutur bekas penyanyi kumpulan rock wanita era 1990-an, Rose Sherox atau nama sebenarnya Rosiah Parlam, 55, yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak enam tahun lalu.
Ibu tunggal kepada empat anak ini memberitahu, buah pinggangnya sudah ditebuk lima kali bagi proses pembuangan nanah. Rose bagaimanapun bersyukur kerana masih berupaya makan dan mandi serta membuang air sendiri dengan cara mengesot atau merangkak ke tandas.
Menurutnya, buat masa ini dia yang menetap di Bandar Sri Alam, Masai, Johor, bergantung kepada ubat-ubatan dari klinik dan farmasi serta perubatan tradisional yang dicadangkan oleh rakan-rakannya.
Rose berkata, selepas tidak lagi mendapat tawaran membuat persembahan, dia memberi fokus pada urutan tradisional. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rose di talian 012-7674200.
AKIBAT SOLEKAN – MATA SARAH SUHAIRI KENA JANGKITAN KUMAN, NANAH DALAM KELOMPAK