DIAJAK KAHWIN, MESEJ LUCAH – ZARINA BENGANG, GELAR BIAWAK HIDUP

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial iaitu Zarina Anjoulie Lavocah sering kali menerima mesej dan serta komen berbaur lucah dan nampaknya kini terus ‘dihujani’ mesej sebegitu daripada individu tidak dikenali.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju telah memuat naik beberapa mesej diterima oleh seorang lelaki menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Antara mesej tersebut memaparkan lelaki berkenaan cuba mengajak Anju untuk berkahwin. Pada masa sama, lelaki itu turut menghantar beberapa mesej berbaur lucah dan tidak senonoh: “Salam, Zarina kahwin dengan I nak,” antara mesej berkenaan.

Bengang dengan perbuatan tersebut, Anju menggelar lelaki tersebut sebagai ‘biawak hidup’: “Ni memang stok biawak hidup duduk rumah nak bini bela lepas tu mesej DM semua perempuan,” katanya pada posting berkenaan.



Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai kurang ajar.

Anju sebelum ini menerima mesej tidak senonoh yang cuba menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’. Jelas Anju, dia tidak faham dengan masalah budak sekarang yang malas bekerja sebaliknya lebih suka untuk cari jalan mudah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker