MICHAEL ANG TUNJUK BUKTI BILA DITUDUH LANGGAR SOP SHOOTING ‘OUTDOOR’

“Video (ini) menjelaskan kepada penggiat-penggiat seni, production manager (PM) Malaysia, persatuan-persatuan tersohor Malaysia dan produser-produser terkaya Malaysia yang menuduh aku tak ikut SOP sebab shoot outdoor tanpa memeriksa atau telefon bertanya kita, dia orang terus laporkan dan tularkan.

“Gambar pakcik (pelakon tambahan) tu ada orang yang minta dari runner dan sebarkan. Motif dia minta gambar pun saya tak tahu… sama ada orang suruh dia buat atau tak, aku husnuzon saja! Nampak pagar tu, masa aku shoot ditutup selepas (selesai penggambaran) dah buka semula, shoot kat sini ya, dalam kawasan hotel.

“Sisi (angle) gambar tu di ambil dari sini (berdekatan salah satu pintu hotel), tengok kawasan ni,” itulah kata-kata pengarah dan pelakon Michael Ang yang tampil menjelaskan situasi sebenar apabila dituduh melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menjalankan penggambaran drama di kawasan terbuka atau outdoor.



Menafikan produksinya tidak patuh SOP, Michael berkata penggambaran satu babak dalam drama tersebut dilakukan di hadapan pintu masuk sebuah hotel dengan kawalan ketat tidak seperti yang didakwa oleh seorang individu di media sosial. Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik video bukti menunjukkan lokasi penggambaran di sebuah hotel di Ipoh, Perak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Michael turut berkongsi paparan skrin status yang ditulis seorang individu menerusi Facebook mendakwa produksinya mengabaikan SOP semasa menjalani penggambaran. Difahamkan Michael dan team produksi sedang menyambung penggambaran drama ‘Angkara Cinta’.



Gara-gara status fitnah yang dibangkitkan oleh individu berkenaan, Michael berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meminta pasukannya melakukan pemeriksaan di lokasi penggambaran itu.

“Yang aku paling kasihan adalah pihak Ahmad Idham yang terpaksa menyuruh budak-budak dia untuk ke Ipoh pada hari cuti umum untuk soal siasat kita benda ni. Sudahlah kau orang yang busuk hati tu pergi dan bersihkan jiwa kau dan cari rezeki yang halal bukannya menutup periuk nasi kawan-kawan kau orang dan ahli persatuan kau orang,” ujarnya.

Image_3.jpg

Pada 8 Februari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP untuk enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif dibenarkan iaitu produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio.



Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Dalam perkembangan lain, kerajaan sedang memperincikan SOP bagi aktiviti penggambaran di luar studio atau outdoor termasuk acara siaran langsung dan tayangan di pawagam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, SOP bagi semua sektor itu sedang diperhalusi dengan jangkaan dibentangkan dalam masa terdekat.

Image_4.jpg



Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg



Image_9.jpg

Image_10.jpg

 

MICHAEL ANG & NORANIZA IDRIS TAMPIL MOHON MAAF BERSAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button