NYANYIAN ELYANA, ‘SAMPAI MENUTUP MATA’ UNDANG SEBAK NETIZEN

“Lagu untuk Cinta ku…”, demikianlah tulis penyanyi Elyana pada ruangan kapsyen video dirinya mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’ yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya.

Nyanyian Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal telah mengundang sebak peminat dan para pengikut di laman sosial. Video tersebut dimuat naik Elyana pada malam Sabtu lalu ditujukan khas buat anak kesayangannya, Cinta Sumayyah, 10.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut sebak mendengar nyanyian Elyana yang penuh penghayatan ketika mendendangkan lagu Acha Septriasa itu. Mereka turut mendoakan Elyana terus kuat berjuang melawan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Dalam pada itu, Elyana turut menerima kata-kata semangat daripada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia seni seperti Almy Nadia, Amyza Adnan, Farhan AF, Haiza dan ramai lagi.

Elyana juga dilihat membalas komen-komen dan kata-kata semangat daripada para peminat dan sahabatnya pada posting berkenaan.

“Terima kasih kerana mendoakan saya… Semoga doa yang baik ini akan berbalik kepada awak semua,” katanya sambil meninggalkan emoji hati.

Image_3.jpg

Pada tahun lalu, Elyana mengakui kanser limfoma yang dihidapinya semakin serius apabila ia sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha. Bagaimanapun, kata pejuang kanser ini, dia tetap berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.



Pada 2017, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

“SAYA DAH TAHAP KRITIKAL…” – ELYANA SEDIH APABILA RAMAI TAK PERCAYA DIRINYA SAKIT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker