PGA Briged Tenggara catat rampasan bernilai RM60.7 juta tahun lepas


Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara SAC Hasan Basri Ahmad Safar (kiri ) bersama Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Supt Nor Azizan Yusof menerangkan laporan keberhasilan OP Benteng COVID Briged Tenggara PGA tahun 2020 kepada wakil media pada Majlis Serah dan Terima Tugas di Markas Taktikal Lubok Stol Rantau Panjang hari ini. — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

16/02/2021 06:01 PM

PASIR MAS, 16 Feb — Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merekodkan sebanyak 800 kes membabitkan nilai rampasan berjumlah RM60.7 juta menerusi Op Benteng tahun lepas.

Komander PGA Briged Tenggara SAC Hasan Basri Ahmad Safar berkata jumlah itu meningkat sebanyak 52 peratus manakala jumlah ditahan membabitkan jenayah rentas sempadan adalah sebanyak 696.



Beliau berkata kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mencatatkan nilai rampasan terbesar iaitu RM19.8 juta (111 kes) diikuti rampasan melalui Akta Kastam 1967 sebanyak RM19.7 juta dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 sebanyak RM6.5 juta.

“Dalam operasi dijalankan, PGA Batalion Ke-8 paling banyak mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM29.7 juta diikuti Batalion Ke-7 dengan RM15.9 juta serta Batalion Ke-9 dengan RM15.1 juta.

”Pencapaian tertinggi PGA8 adalah hasil rampasan dadah sebanyak 441 kilogram (kg) bernilai RM17.6 juta dekat Rantau Panjang pada 3 September lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas PGA9 kepada PGA8 di Markas Taktikal PGA Lubok Setol di sini hari ini.

Hasan Basri berkata pasukannya juga berjaya menahan 137 pendatang asing tanpa izin membabitkan warga Thailand, Kemboja dan Myanmar, serta menahan 23 tekong terdiri daripada 15 warga tempatan, Thailand (dua) dan Kemboja (satu).



Menurut beliau, pihaknya juga telah mengesan sebanyak 128 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dan pangkalan Abe Li Posmen dekat Rantau Panjang dikenal pasti paling aktif dengan 28 kes direkodkan.

China sokong Indonesia jadi hab vaksin Asia Tenggara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker