Rokok seludup bernilai RM442,200 dirampas ATM [VIDEO]

16/02/2021 09:35 PM

KOTA TINGGI, 16 Feb — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 2,948 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM442,200 menerusi Op Merpati di kawasan Punggai dan Batu Layar, di sini, hari ini.

Markas Divisyen Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan, memaklumkan rampasan itu dibuat oleh pasukan rondaan di satu lorong yang mencurigakan di kawasan tersebut pada jam 11.20 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, karton rokok tersebut dalam 50 bungkusan plastik hitam ditutup dengan kanvas ditemukan di lokasi tersebut yang dipercayai tempat simpanan sementara sebelum dibawa masuk ke pasaran negara ini.



“Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya dan satu laporan polis juga dibuat di Balai Polis Bayu Damai berhubung penemuan terbabit,” kata ATM.

Rokok seludup bernilai lebih RM1 juta dirampas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker