SAM simpati ahli hilang kaki kiri akibat komplikasi darah


Fuad Rahim

16/02/2021 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) melahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa ahlinya Fuad Rahim yang mengalami komplikasi saluran darah tersumbat hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

Presiden SAM Datuk Jasni Shafie berkata Fuad yang juga seorang pengulas dan penyampai sukan bebas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor sentiasa bertugas ketika program siaran langsung atau tertunda temasya Sukan SEA, Sukan Malaysia (SUKMA) dan beberapa sukan lain.

Menurut Jasni, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong kaki kiri Fuad serta membuat tiga pembedahan bagi menggantikan salur darah di tangan dan kakinya yang tersumbat.

Katanya, Fuad kini selamat menjalani pembedahan yang berlangsung selama sembilan jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

“Kaki kirinya terpaksa dipotong akibat salur darah tersumbat tahap 4 secara tiba-tiba. Beliau kini dalam keadaan stabil dan menerusi perbualan telefon malam tadi, Fuad dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan banyak tidur kesan daripada bius ke atasnya.

“SAM mendoakan agar Fuad segera sembuh dan bertabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Fuad juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatannya dan buat masa ini masih belum boleh menerima pelawat.

Lesen kilang kelapa sawit digantung tiga bulan sebabkan pencemaran di Sungai Sembrong Kiri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker