Siapa Betul Siapa Salah Sampaikan Maklumat

Maklumat Siapa Betul, Maklumat Siapa Salah

Gambar Fail

Semalam Timbalan Pengerusi PKR Perak ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Media melaporkan penahanan tersebut membabitkan wang sejumlah RM1.2 juta dari sebuah rumah dan pejabat. Turut dibekukan sejumlah RM77 juta dari akaun bank. Sebuah kenderaan mewah turut dirampas dalam operasi tersebut.

Laporan asal – https://www.malaysianow.com/berita/2021/02/16/pembantu-bekas-menteri-xavier-ditahan-rm1-2-juta-kereta-mewah-dirampas/



Bagaimanapun Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador menafikan laporan media tersebut. Dalam kenyataan Farhash wang yang dirampas hanyalah RM17 ribu dan kenderaan tersebut pula milik kenalan suspek.

Kenyataan Pengerusi PKR Perak

Agak pelik bagaimana laporan media hanya mengikut laporan sumber yang belum tentu disahkan. Intergriti media dalam menyampaikan maklumat tercalar jika laporan sumber tersebut salah.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia akan digunakan sekiranya laporan tersebut salah? Bukan media sahaja akan dipersoalkan kredibiliti malah intergriti SPRM turut akan dipersoalkan kerana kebocoran maklumat.



Pencarian dalam laman rasmi SPRM tidak menjumpai apa-apa maklumat berkaitan penahanan semalam.

Pihak media perlu menjaga kredibiliti dalam menyampaikan maklumat sahih bukannya hanya berdasarkan sumber bagi mencari berita sensasi.

Perkara berkaitan Undang-Undang bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sambil lewa atau mencari hits pembaca.

“HANGPA SEMUA TAK BETUL, AKU SAJA BETUL” – MAHATHIR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker