Warisan nafi dakwaan 30 ketua cawangan di Semporna keluar parti

17/02/2021 08:36 PM

SEMPORNA, 17 Feb — Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menyangkal laporan 30 ketua cawangan di kawasan Parlimen Semporna meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu majlis di sini semalam.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hasbullah Rauddah berkata perkara itu berdasarkan maklum balas beberapa ketua cawangan yang mendakwa kehadiran mereka dalam perjumpaan Bersatu itu sebagai satu manipulasi.

“Mereka (ketua cawangan) berasa agenda perjumpaan itu juga tidak jelas, selain kehadiran mereka ketika itu sebagai penduduk kampung dan bukan atas kapasiti ketua cawangan parti.



“Adapun individu yang mengaku sebagai ketua cawangan dan kalau betul pun (keluar parti) hanya diri mereka sahaja tidak termasuk semua ahli cawangan terbabit, selain ada individu ini (mengaku ketua cawangan) tetapi hanya sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan punca 30 ketua cawangan Warisan di kawasan itu keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela.

Menjawab dakwaan kepimpinan Warisan gagal mengotakan janji berhubung isu penempatan sementara penduduk Kampung Bangau-Bangau, Hasbullah berkata pada Julai 2020 kerajaan Warisan meluluskan peruntukan RM8.2 juta bagi pembinaan lebih 300 rumah di kampung berkenaan.

Di samping itu katanya, langkah pemindahan penduduk Kampung Simunul ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria pada pemerintahan Warisan pula kerana mahu memastikan penduduk tidak terdedah dengan risiko bencana, serta turut diberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun.



30 Ketua Cawangan Warisan sertai Bersatu di Semporna

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker