Cuaca buruk, sekurang-kurangnya lima lapangan terbang utama AS diarah tutup


Sumber foto: https://simpleflying.com/winter-storm-airport-closures/

16/02/2021 04:07 PM

MOSCOW, 16 Feb — Sekurang-kurangnya lima lapangan terbang utama diarah tutup oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) disebabkan salji lebat, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut saluran CNN pada Selasa, arahan itu membabitkan lapangan terbang di bandar Baton Rouge dan Lafayette di negeri Louisiana, dua lapangan terbang di Houston,Texas, dan di bandar Jackson, Mississippi.



Penyiar itu menambah bahawa penerbangan di bandar Dallas dan Austin turut terjejas.

Minggu lalu, CNN melaporkan cuaca buruk mengakibatkan beberapa kemalangan jalan raya di kawasan Dallas-Fort Worth di Texas dan sekurang-kurangnya sembilan kematian.

Pada Isnin, ribut salji menyebabkan lebih dua juta orang di Texas terputus bekalan tenaga.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat salji lebat di Jepun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button