Cuba pecah rumah, penganggur dipenjara 10 bulan

17/02/2021 05:58 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Akibat cuba memecah masuk sebuah rumah dengan mengumpil pintu rumah, seorang penganggur dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap Wong Woo Hee, 44, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Regensi, Rawang di sini pada 1.10 tengah hari, 7 Feb lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan tempoh pemenjaraan separuh dari tempoh lima tahun penjara dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Feb lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal kerana tertuduh ditangkap bersama barang pecah rumah seperti pemutar skru yang menunjukkan niatnya untuk melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum.

Penganggur Makin Meningkat Kerana Covid19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker