Kazakhstan dan Malaysia perluas kerjasama dalam sains, pendidikan

16/02/2021 05:37 PM

NUR-SULTAN, 16 Feb — Satu majlis menandatangani Memorandum Kerjasama dalam bidang pendidikan dan sains antara Utebayev Atyrau Oil and Gas University dan universiti terkemuka di bidang minyak dan gas Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), berlangsung secara dalam talian pada Isnin (15 Februari) dengan kerjasama Kedutaan Kazakhstan di Malaysia, lapor Kazinform.

Majlis dihadiri rektor Utebayev Atyrau Oil and Gas University Gulzada Shakulikova dan Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, lapor Agensi Berita MFA Kazakhstan.

Kerangka memorandum antara lain untuk memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, penuntut dan pensyarah akan memiliki akses ke pangkalan ilmiah dan teknikal, makmal dan perpustakaan kedua-dua universiti, sokongan berterusan untuk inisiatif ilmiah, dan pelbagai program akan diadakan secara berkala untuk bertukar pengalaman antara saintis dan pensyarah di dua universiti itu.



Dalam kerangka rundingan yang diatur sebelum ini oleh kedutaan dan selaras dengan perjanjian dicapai antara dua universiti itu, lima penuntut Utebayev Atyrau Oil and Gas University telah memulakan pengajian di UTP mulai 30 Disember 2020 di bawah program pertukaran.

Kazakhstan adakan pilihan raya pada Januari 2021

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker