Kehadiran tentera Perancis di Sahel Afrika dikekalkan – Macron

17/02/2021 03:26 PM

PARIS, 17 Feb — Presiden Emmanuel Macron pada Selasa berkata kehadiran tentera Perancis di wilayah Sahel Afrika tidak akan berubah dalam beberapa bulan akan datang, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Perubahan ketara pada sistem ketenteraan kita di Sahel akan dibuat bila tiba masanya, tetapi bukan dalam masa terdekat,” kata Macron pada sidang media selepas menyertai sidang kemuncak maya negara-negara Sahel G5 (Burkina Faso, Chad, Mali, Mauritania dan Niger).



Pengunduran pasukan keselamatan Perancis secara besar-besaran “akan menjadi suatu kesilapan,” katanya.

Pada 19 Januari, Macron mengumumkan penarikan beberapa tentera Perancis dari wilayah Sahel berikutan kejayaan menentang militan Islam dan ketibaan lebih banyak pasukan keselamatan Eropah.

Menurut Macron, menyesuaikan kehadiran tentera Perancis di rantau ini “tidak bermaksud menghentikannya tetapi ia disesuaikan dengan menumpukan pada objektif utama iaitu memerangi kumpulan pengganas dan berjuang untuk membantu tentera Sahel, tetapi bukan untuk jangka masa lama.”

“Tugas kita tolong negara-negara berdaulat yang meminta bantuan,” katanya mengulas mengenai peningkatan sentimen anti-Perancis di wilayah tersebut.



Bersama ribuan pasukan pengaman Misi Penstabilan Multidimensi Bersepadu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali (MINUSMA), sekitar 4,500 tentera Perancis telah dikerahkan di rantau ini sejak 2014 untuk membantu pasukan negara G5 Sahel memerangi pejuang ekstremis dan mengembalikan keamanan di kawasan itu.

Setahun lalu, Perancis mengukuhkan kehadirannya dengan tambahan 600 anggota.

Badan dunia tubuh dana pembinaan semula Lubnan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button