PAKU BERKARAT, BANGKAI KATAK – ANDI BERNADEE KENA SIHIR, JADI ‘LALOK’

Perbuatan sihir membabitkan golongan selebriti ini bukanlah kejadian pertama kerana sebelum ini pelakon Aeril Zafrel turut mendedahkan dia dan keluarga hampir menjadi mangsa apabila menemui tiga objek misteri di kediaman mereka.

Terkini, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee pula mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam oleh individu yang dengki dengannya hingga menjejaskan kesihatan termasuk menyebabkan dia berada di luar kawalan, baru-baru ini.

Andi menerusi laman Instagram ada berkongsi video yang menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur dan penemuan bangkai katak yang sudah kering.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Andi menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya serta menemui katak kering atas bumbung kediamannya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia. Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua.

“Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam. Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit,” ceritanya.

Kata Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, perbuatan syirik itu memberi kesan kepada tubuhnya sehingga dia bertindak seperti orang tidak normal.

“Maaf semua, saya tak boleh nak terima sebarang temubual buat masa ni. Saya perlukan rehat, saya tak boleh bercakap, saya tak boleh nak fikir. Nanti benda tu datang balik. Aku penat la rebah-rebah, lepas itu cakap Siam, mengilai-mengilai. Alhamdulillah, terima kasih awak… saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apa-apa pun ini semua ujian Allah,” katanya menerusi Instagram

Image_3.jpg

Menurut Andi, dia menjadi mangsa dengki seorang wanita. Ustaz yang merawatnya berkata wanita tersebut pernah bekerja dengannya namun tidak pasti sama ada wanita itu di kalangan artis atau tidak.

“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya. Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.

Dalam pada itu, Andi berkata dia tidak tahu apa salahnya sehingga diperlakukan sedemikian rupa namun menganggap ianya adalah ujian: “Saya suka buat hal sendiri, tak melepak di luar atau bersosial. Saya tak tahu apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Saya anggap ini ujian Allah,” tuturnya.

Image_4.jpg

Sementara itu, pengurus Andi iaitu Nasir Deraman memberitahu penyanyi lagu ‘Kais Pagi Kais Petang’ itu sedang berehat dan minta diberi ruang dalam proses pemulihan diri.

“Sekarang ini dia tengah berehat di rumah, saya minta dia jangan beri kenyataan apa-apa. Hari ini dia akan buat rawatan kedua dengan seorang ustaz. Semalam dia tunjuk perubahan sikap, macam orang lalok… bercakap seorang diri dalam bilik air dan kita tahu itu bukan Andi Bernadee. Selepas melihat keadaannya, kawan serumah Andi panggil ustaz untuk membantu dan menemui objek misteri itu di rumahnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nasir berkata dia tidak mengetahui siapakah individu yang melakukan perbuatan syirik itu kerana sepanjang dia mengenali pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu’ itu, Andi tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Dia tak ada musuh, selepas jadi artis dia kurang bergaul dan tak suka bersosial… banyak buat hal sendiri je. Tak ada nak melepak. Malah dengan saya pun susah nak ajak keluar, habis kerja memang terus balik rumah. Apa-apa pun kita doakan supaya Andi cepat pulih dan kuat berdepan ujian ini,” ujarnya.

Image_5.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *