Palestin dakwa Israel halang penghantaran vaksin COVID-19 Rusia ke Gaza – Laporan

16/02/2021 02:17 PM

MOSCOW, 16 Feb — Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menghalang penghantaran dos vaksin COVID-19 Sputnik V Rusia ke Tebing Gaza, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mai al-Kaila berkata pada Isnin, penghantaran Sputnik V untuk pekerja kesihatan telah dihantar ke Gaza tetapi disekat Israel.

Menteri kesihatan menekankan tindakan tersebut bertentangan dengan semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Palestin adalah negara pertama di Timur Tengah yang mendaftar untuk vaksin Sputnik V Rusia.

Kempen vaksinasi COVID-19 di Palestin dimulakan pada awal Februari, dengan petugas kesihatan menjadi kumpulan penerima pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *