Pemuda ditemukan lemas di Sungai Jeram


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat mayat Muhammad Aidil Che Ramli, 20, yang ditemui lemas di Sungai Jeram, Kampung Jeram Hilir, Manir hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.33 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 20 anggota. Katanya mayat mangsa ditemui pada pukul 4.37 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

17/02/2021 08:13 PM

KUALA TERENGGANU, 17 Feb — Seorang lelaki ditemukan lemas di dasar Sungai Jeram di Kampung Jeram Hilir, Manir di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.33 petang dan seramai 20 anggota termasuk pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian.



“Mangsa, Muhamad Aidil Che Ramli, 20 telah ditemukan pada pukul 4.37 petang di dasar sungai pada kedalaman 15 meter di tempat terakhir mangsa dilihat iaitu kira-kira 30 minit selepas anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menyelam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rozizah berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa mangsa Che Ramli Mamat, 70, berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak bongsu daripada 13 beradik itu setelah dimaklumkan pihak polis.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dia (Muhamad Aidil) keluar ke kedai untuk membeli kompenan motosikal selepas waktu Zuhur tadi. Saya reda (kematian arwah) walaupun sedih,” katanya.



Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker