Rasuah : SPRM tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik

17/02/2021 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek daripada sebuah kementerian pada 2019.

Selain menahan ahli politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri itu, SPRM turut menahan dua pengarah syarikat dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh, semalam.

“SPRM dalam serbuan itu merampas wang berjumlah RM1.2 juta dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan timbalan pengerusi terbabit.



Beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibeku untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, SPRM turut merampas sebuah kereta mewah digunakan bekas menteri terbabit sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik seorang daripada pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

“SPRM masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan – PRU bakal diadakan ?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker