SELESAIKAN BAYARAN RM200K ATAU BAKAL DIAMBIL TINDAKAN – RUHAINIES

“Dah lama sangat kes ini bertangguh, e-mel tidak berjawab.. Senyap sunyi semua. Jujur saya katakan, tahap kesabaran saya ini ada hadnya. Apa pun saya akan tunggu sehingga Jumaat ini untuk pihak mereka tampil memberi penjelasan dan melunaskan bayaran yang dituntut,” kata pelakon Ruhainies.

Adik kepada pelakon Risteena Munim itu meluahkan rasa berang apabila dia dilaporkan masih belum menerima bayaran berjumlah hampir RM200,000 daripada sebuah syarikat insurans terkemuka negara.

Perasaan itu diluahkan pelakon kecil molek ini menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya pada malam Selasa lalu. Menurut Ruhainies, dia berasa terkilan dengan sikap sambil lewa syarikat insurans terbabit dan turut memberi tempoh masa selama tiga hari kepada pihak yang berkenaan agar melunaskan bayaran tersebut sebelum mengambil tindakan susulan.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Jejak Karmila’ ini juga sempat memberikan pesanan kepada mereka di luar sana agar berhati-hati apabila membeli insurans dengan memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang terbaik.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ini berikutan apabila banyak janji manis ditaburkan ketika mencari pelanggan namun hanya berdiam diri jika berlaku sesuatu musibah dan masalah.

Dedahnya lagi, dia telah mendiamkan diri selama hampir setahun dengan ejen insuran tersebut namun kini enggan lagi memberi muka dan bersabar.

Ruhainies yang ditemui media berkata, dia terpaksa memberi amaran kepada syarikat berkenaan menerusi media sosial kerana beranggapan itu sahaja cara terbaik untuk menarik perhatian mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

“TAK KISAH… YANG PENTING SAYA SUDAH BUAT KERJA” – RUHAINIES JAWAB AKSI MESRA BERSAMA ZUL ARIFFIN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker