Seluruh AS akan perolehi vaksin COVID-19 menjelang akhir Julai: Biden


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden (Foto: Freddie Everett/State Department/Planet Pix via ZUMA Wire/dpa)

17/02/2021 05:03 PM

MILWAUKEE, (Ameria Syarikat), 17 Feb — Presiden Joe Biden berkata beliau menjangkakan vaksin COVID-19 akan tersedia ke seluruh Amerika Syarikat (AS) pada akhir Julai dan berharap negara itu kembali normal menjelang Krismas, lapor Agensi Berita United Press International (UPI).

Menjawab soalan semasa sesi Town Hall CNN di Milwaukee pada Selasa, Biden berkata kerajaan akan menyediakan 600 juta dos vaksin menjelang akhir Julai, cukup untuk setiap rakyat Amerika.



Pada sesi selama sejam itu Biden berkata antara halangan utama dihadapinya dalam menangani tindak balas pandemik daripada pentadbiran sebelum ini adalah kekurangan petugas untuk melakukan suntikan.

“Sekarang kita telah membuat kemajuan besar dengan meningkatkan jumlah vaksin. Saya mengeluarkan perintah eksekutif yang membenarkan bekas doktor dan jururawat bersara untuk melakukannya.

“Kita mempunyai lebih seribu petugas anggota tentera … Kita telah melibatkan Pengawal Negara… Selain itu kita juga telah membuka banyak lokasi untuk memudahkan anda mendapatkan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki yang menyatakan kerajaan akan meningkatkan bekalan vaksin ke negeri-negeri kepada 13.5 juta dos seminggu, meningkat daripada 11 juta minggu lalu.



Presiden berkata melihatkan keadaan semasa dan kemungkinan kelulusan untuk vaksin COVID-19 Johnson & Johnson, boleh mengurangkan penyebaran virus dengan ketara dan negara dapat kembali seperti biasa pada Krismas akan datang.

Trump gesa ‘tiada keganasan’ menjelang hari pelantikan Biden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker