Sembilan individu ditahan proses, jual air ketum

17/02/2021 05:06 PM

SEPANG, 17 Feb — Sembilan individu termasuk pasangan suami isteri warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket memproses dan mengedar air ketum dalam serbuan di tiga buah rumah teres dua tingkat di Putra Perdana, Puchong, di sini, Isnin lepas.

Kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki tempatan serta pasangan warga Indonesia itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata hasil maklumat orang awam pihaknya menyerbu tiga rumah berkenaan dan menemukan 240 kilogram (kg) daun ketum, 152 botol air ketum dan wang tunai RM12,325.

Beliau berkata turut dirampas dua set dapur, set periuk, tong gas, botol plastik dan alat penimbang dipercayai untuk memproses bahan terlarang tersebut.

“Daripada sembilan suspek ditahan, dua suspek positif dadah jenis syabu dan ganja, manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata pihaknya melakukan risikan selama tiga minggu berhubung kes penjualan air ketum itu yang beroperasi sejak hampir dua bulan lepas, dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM25,000.

Beliau berkata sindiket terbabit menyasarkan penjualan air ketum untuk pasaran sekitar Subang Jaya, Puchong dan Putra Perdana yang dijual pada harga RM20 sebotol dan RM40 bagi daun ketum.

“Siasatan mendapati, suspek memperoleh bekalan daun ketum dari Hilir Perak menggunakan khidmat kenderaan perdagangan dan rampasan itu adalah yang terbesar sepanjang tahun ini.

“Lima suspek direman bermula semalam sehingga Sabtu ini manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

420 kg daun ketum dan air ketum dirampas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker