Sempat ‘FaceTime’ sebelum ibu meninggal dunia


© Provided by Berita Harian Berita pemergian arwah ibu dikongsi penyampai radio Era FM, Radin dalam laman Instagram (IG), hari ini. – Foto IG Radinzaidim

KUALA LUMPUR: Ibu penyampai radio Era FM, Radin, Feridah Hashim menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ipoh, Perak, jam 9.25 pagi ini.

Kesihatan Allahyarham Feridah, 67, merosot akibat penyakit paru-paru berair, sejak beberapa tahun lalu.

Berita pemergian arwah ibunya dikongsi Radin dalam laman Instagram (IG), pagi ini.

Radin berkata, dia kali terakhir bertemu arwah ibunya, minggu lalu.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Allah lebih menyayanginya. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi adik beradik lain.

“Saya sempat ‘FaceTime’ dengannya arwah sebanyak tiga kali, semalam. Secara kebetulan, adik beradik dan anak saudara cakap arwah sebut nama saya. Arwah nak tatap wajah dan bercakap dengan saya.

“Kami berkongsi cerita singkat, namun arwah sempat menitipkan pelbagai nasihat,” katanya kepada BH Online.

Radin masih dalam perjalanan pulang ke Ipoh bersama pengurusnya berkata, arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Ipoh.

Sebelum ini, Radin membuat keputusan menangguhkan perkahwinan dengan gadis pilihan, Azlina Idris disebabkan kondisi kesihatan ibunya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, arwah ibunya sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen.

“Kondisi kesihatan arwah ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Arwah rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.

“Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama arwah ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh sejak bekerja.

“Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah bimbang keadaannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Hentikan Sandiwara Salahkan Pemimpin Tertentu, Undur Selangkah Bukan Bererti Kalah – Bung Moktar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker