Tujuh kenderaan terbakar, polis siasat kes khianat dengan api

17/02/2021 11:13 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Polis menyiasat kes khianat dengan api yang mengakibatkan beberapa kenderaan terbakar di tempat letak kereta awam sebuah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata pada kira-kira 12.45 tengah hari, pihaknya menerima laporan berkenaan kebakaran itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tujuh kenderaan pelbagai jenama telah terbakar dan Forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi menjumpai satu botol berbau petrol.



“Terdapat kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta jenis Myvi dan pada sebuah van yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.

Bekas pengurus kilang maut dilanggar lori selepas lakukan khianat di tempat kerja

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker