BCL, ANAK ZIARAH PUSARA ASHRAF: “SETAHUN LALU AMAT SUKAR TANPA KAMU…”

“Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja.

“Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagia di sana. Kami sangat merinduimu,” tulis penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menerusi laman Instagram.

Terdahulu, Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Danial Mohamad Sinclair dilaporkan meninggal dunia di Jakarta akibat serangan jantung pada 18 Februari tahun lalu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Genap setahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL menziarahi pusara suaminya bersama anak lelaki mereka, Noah Aidan Sinclair. Bunga tetap berada di pusara mengenangkan suaminya sambil memeluk erat Noah, meskipun dalam keadaan hujan.

Perkongsian Bunga itu turut menyentuh hati netizen yang berharap agar Bunga dan Noah kekal tabah menempuhi dugaan serta mendoakan Allahyarham Ashraf ditempatkan di kalangan orang beriman.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

LEBIH 10 BULAN ASHRAF PERGI – BCL BELUM TERFIKIR UNTUK KAHWIN LAGI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button