‘Harapnya kualiti, servis kerja penjawat awam sama naik dengan gaji’

Oleh – Syeikh Baran


‘Harapnya kualiti, servis kerja penjawat awam sama naik dengan gaji’
Gambar Hiasan

“Kalau gaji dah naik, pastikan tahap kerja juga ada peningkatan. Tugas pun sila jalankan dengan amanah,”

Begitulah luahan hati seorang pengguna Facebook, Putra Khai, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kenaikan gaji yang bakal dinikmati oleh penjawat awam mulai 1 Disember depan.



Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna di laman sosial mengharapkan agar kenaikan gaji tidak akan menyebabkan harga barang meningkat pada masa hadapan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Ridzuan Ramli, dia sangat bersyukur akan kenaikan gaji yang bakal dinikmati penjawat awam.

Bagaimanapun, dia turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang mungkin bakal berlaku nanti.

“Syukur gaji naik. Tetapi, takut nanti kos sara hidup akan meningkat pula pada masa hadapan. Apa pelan kerajaan? Kami sebagai rakyat sudah semakin tertekan,” katanya.



Sementara itu, pengguna Facebook lain, Yazid Mohd Naim berkata, kenaikan gaji penjawat awam adalah tepat pada masanya, seiring dengan inflasi serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kalau gaji tidak naik, harga barang akan tetap naik. Lagipun, sudah berpuluh tahun gaji (penjawat awam) tidak pernah disemak,” katanya.

Malah, ada juga beberapa orang pekerja swasta yang terasa disisihkan kerana sudah lama tidak menikmati kenaikan gaji.

“Pekerja swasta yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara hanya mampu melihat sahaja,” kata Nansah.



Terdahulu, Kosmo! melaporkan, penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah.

Tambah Anwar, pendapatan minimum penjawat awam berserta elaun ditetapkan pada RM2,000 melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM10 bilion.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading