ESSCom kesan 10 lokasi aktif pendaratan pendatang tanpa izin di Tawau


Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman

18/02/2021 05:40 PM

TAWAU, 18 Feb — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesan 10 kawasan pendaratan aktif, bagi pendatang tanpa izin menyusup masuk ke Tawau kata, Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

Beliau berkata, 10 lokasi itu adalah Kampung Titingan Icebox, Batu 2 Jalan Apas, Kampung Aman Jaya, Kampung Kurnia Jaya, Kampung Hidayat, Kampung Kinabutan, Kampung Batu Payung, Kampung Wakuba, Inderasabah dan Kampung Tanjung Batu.

“Ia menjadi lokasi aktif pendaratan sindiket membawa masuk atau keluar pendatang tanpa izin…ESSCom melalui Op Cegah Pati (OCP), akan sentiasa memperketatkan kawalan dan memperkasa rondaan sama ada di laut, darat mahupun udara bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan,” katanya kepada Bernama.

Katanya, operasi membabitkan kerjasama semua agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, berjaya menumpaskan banyak cubaan warga asing memasuki negara ini secara haram melalui Tawau.

Ini termasuklah dua hari lepas di mana tiga kenderaan membawa lima wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai baru mendarat di sungai Kampung Batu 5, ditahan pasukan keselamatan yang dalam operasi OCP Daratan di Kampung Kinabutan Tiku Jalan Chung Hwa di sini, pada 10.30 malam.

Ahmad Fuad berkata orang ramai diharap dapat melaporkan atau memberi maklumat berhubung penyeludupan pendatang haram ke negara ini, dengan menghubungi Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181.

ESSCom sahkan rompakan laut di Pulau Burung, libat kelompok dalaman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker