ISTERI SHUK: “BIARLAH HILANG SEGALANYA… DARIPADA LUPA SAYA & ANAK-ANAK”

Laman Instagram milik pelawak dan pengacara Shuk Sahar telah menerima pelbagai komen daripada netizen selepas pengumuman berita perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa pada Khamis.

Malah, Instagram isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera turut menjadi tempat netizen meminta penjelasan dan komen berkaitan isu itu.

Tidak berdiam diri, Rossalennah, 35, berkata, penamatan kontrak suaminya sebagai penyampai radio itu mempunyai hikmah tersendiri. Dia juga berharap apa yang berlaku itu dapat membuatkan Shuk sedar dan kembali kepada keluarganya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Biar la kita hilang segalanya asal dia kembali tempat asal… daripada ada segala-galanya tapi lupakan saya dan anak-anak. Tak mengapa, rezeki Allah itu luas, kalau mula dari bawah sekali pun tak mengapa, asalkan halal,” ujarnya.

Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM memberitahu Shuk telah melanggar terma perjanjian seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio stesen tersebut. Justeru itu, kontrak sebagai penyampai segmen Geng Pagi Hot (GPH) ditamatkan berkuat kuasa pada Khamis.

Image_3.jpg

Sebelum ini, Shuk telah digantung tugas sejak 24 Januari lalu selepas krisis rumah tangga dan isu curang membabitkan dirinya menjadi perbualan hangat netizen. Shuk telah lima tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM, bergandingan dengan Fizi dan Shuib menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH).

Krisis rumah tangga Shuk hangat diperkatakan pada bulan lalu apabila Serra berkongsikan video dia ‘menyerang’ rumah seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Shuk.



Shuk berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun.

Image_4.jpg

TUGAS SEBAGAI PENYAMPAI HOT FM – SHUK MASIH DIGANTUNG

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker