Umat Islam AS bayar zakat RM8,953 seorang

Washington: Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang beragama Islam membayar zakat berjumlah AS$1.8 bilion (RM7.78 bilion) pada 2021, menurut Agensi Anadolu.

Umat Islam mengeluarkan purata zakat sebanyak AS$2,070 (RM8,953) seorang, sebagai satu daripada lima rukun Islam, menurut laporan dikeluarkan Inisiatif Filantropi Muslim di Universiti Indiana Lilly Family School of Philanthropy di IUPUI pada minggu lepas.

Laporan itu menunjukkan umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan pihak berkuasa agama.

Pengarah Inisiatif Kedermawanan Muslim, Shariq Siddiqui berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan pada bulan Ramadan.

“Adalah penting bagi organisasi badan amal mencari cara mendekati penderma Muslim-Amerika ketika bulan Ramadan,” kata Siddiqui.

Penerima bantuan terbesar merupakan organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan, yang menerima 25.3 peratus daripada dana zakat, menurut laporan itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker